Selepas bayi dilahirkan dan dibawa pulang ke rumah, biasanya bapa disarankan memaklumkan kelahiran kepada Klinik Desa atau Klinik Kesihatan berhampiran rumah supaya jururawat akan datang ke rumah untuk memeriksa bayi dan ibu.
Jururawat Klinik Kesihatan akan memeriksa luka selepas bersalin ibu dan juga menimbang berat bayi serta memeriksa jika bayi mengalami jaundice.
Cara yang digunakan ialah dengan memeriksa kulit bayi di bawah cahaya yang terang, biasanya di tepi pintu atu tingkap. Nurse akan menekan kulit bayi samada di pipi, dada, perut dan juga peha untuk menganggar paras kuning bayi.
Kaedah memeriksa kuning bayi ini menggunakan Kramer’s Rule yang mengaitkan paras kuning bilirubin dengan warna kuning pada kulit bayi.
Doktor juga akan menggunakan Kramer’s Rule semasa pemeriksaan awal pada bayi sebelum ujian darah dijalankan untuk bacaan paras kuning yang lebih tepat.