Penggunaan mesin fototerapi haruslah secara bersesi dimana selepas bayi jaundice disusukan, bayi haruslah diletakkan di bawah lampu phototherapi Bluelite sekurang-kurangnya 2 jam dan kemudian rehat 1 jam.
Masa rehat boleh digunakan untuk keluarkan bayi dari bawah lampu biru untuk diberi susu, tukar lampin dan perkara lain yang tidak menganggu rutin bayi dan ibu.
Dalam sehari digalakkan untuk melakukan 6 sesi rawatan fototerapi di rumah dimana bayi jaundice akan mendapat rawatan fototerapi selama 12 jam dalam sehari.