Home Phototherapy Services Sdn Bhd adalah syarikat yang mencipta mesin phototherapy Bluelite yang telah dipatenkan dan mempunyai sijil pengiktirafan keselamatan dari Sirim Berhad.
Syarikat ini telah beroperasi selama 19 tahun dan telah berjaya merawat lebih 10,000 bayi sakit kuning.
Perkhidmatan sewa mesin phototherapy Bluelite menjalankan servis sewa mesin phototherapy bayi jaundice sejak dari tahun 2001 bermula di Kuala Lumpur. Kini operasinya diluaskan ke negeri-negeri sebelah Utara, Selatan dan Pantai Timur semenanjung Malaysia.
Kelebihan Sewa Lampu Fototerapi Bluelite Home Phototherapy
Antara kelebihan sewa mesin phototherapy lampu biru dari Bluelite Home Phototherapy sebagai rawatan jaundice bayi ialah:
- Lokasi berpusat di Kelana Jaya (Selangor), Bandar Perda (Pulau Pinang) dan Seremban (Negeri Sembilan), Kuantan (Pahang) dan Alor Setar (Kedah).
- Perkhidmatan penghantaran mesin fototerapi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis dan Perak.
- Lampu biru phototherapy Bluelite adalah peralatan keluaran inovatif BUATAN MALAYSIA yang dipatenkan (No Paten: MY118022-A)
- Lampu phototheraphy Bluelite telah DIUJI SECARA KLINIKAL dan TERBUKTI BERKESAN untuk menurunkan paras kuning bayi jaundice (Malaysian Medical Journal Vol 59 No 3, August 2004 published by Malaysian Medical Association, MMA)
- Mesin fototerapi Bluelite juga digunakan oleh beberapa pusat perubatan kerana keberkesanannya
- Teknologi lampu biru 3 PENJURU BERPATEN sejak tahun 2001
- Satu-satunya syarikat perkhidmatan lampu fototerapi yang BERDAFTAR dengan Medical Device Authority (MDA) Malaysia (No Lesen: 55476157816)
- Mesin fototerapi Bluelite satu-satunya mesin fototerapi yang diiktiraf dengan ISO13485 (Medical Devices Quality Management System Manufacturer and Rental Services Provider) di negara ini
- DIJAMIN SELAMAT dan mempunyai sijil keselamatan IEC 60601-01 Product Safety Certification
- Rekabentuk mesin fototerapi kompak dan MUDAH ALIH yang boleh diletakkan di mana-mana sahaja permukaan yang rata
Pakej Sewa Mesin Phototherapy Bluelite
Home Phototherapy Services menawarkan pakej sewa mesin phototherapy Bluelite bermula RM395 untuk dua malam. Untuk 4 hari 3 malam pula pakej harga ialah RM485 sahaja.
Harga pakej sewa mesin phototherapy lampu biru Bluelite termasuk penghantaran dan pengambilan serta penerangan penggunaan. Tilam dan penutup mata (eye patch) juga turut tersedia bersama pakej lampu fototerapi.
Anda hanya perlu tunggu dirumah dan apabila mesin phototherapy Bluelite sampai, anda boleh terus melakukan rawatan fototerapi bayi jaundice dengan serta merta.
Harga pakej sewa mesin phototherapy Bluelite adalah untuk penghantaran dalam lingkungan 30km dan dalam waktu bekerja sahaja. Caj tambahan dikenakan untuk penghantaran melebihi 30km dan selepas waktu bekerja.
Sejarah Mesin Phototherapy Bluelite
Home Phototherapy Services Sdn Bhd (501390-M) diperbadankan pada bulan Disember 1999 dengan objektif mengadakan sistem yang berdaya maju disektor komersial untuk perkhidmatan rawatan fototerapi di rumah bagi bayi baru lahir menghidapi penyakit kuning jaundice.
Rawatan ini diilham oleh pasangan jurutera mekanikal dan doktor perubatan, yang keempat-empat anak mereka mengalami kuning jaundice yang serius semasa baru lahir.
Setelah melalui pengalaman bayi jaundice yang mencabar ini, mereka berazam mengadakan rawatan fototerapi yang lebih memudahkankan dan mesra bagi ibu-bapa lain.
Rawatan fototerapi tentunya boleh dilakukan di rumah dengan peralatan dan sistem yang betul.
Pencarian peralatan yang sesuai untuk kegunaan rawatan fototerapi bayi jaundice di rumah bermula pada awal tahun 2000. Mereka meneliti berapa peralatan phototherapy yang digunakan diperingkat antarabangsa, ciri-ciri kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Home Phototherapy Services menetapkan ciri-ciri asas yang mesti ada pada peralatan fotototerapi yang bakal dipilih termasuk: selamat, berkesan, mudah untuk diguna, mudah diselenggara, sesuai untuk iklim tropikal di Malaysia dan tahan lama.
Malangnya tiada peralatan yang memenuhi semua keperluan ini.
Pada bulan Julai 2000, mereka menerima hakikat untuk terpaksa membuat peralatan sendiri dengan sumber yang terhad.
Penyelidikan dan pembangunan mesin phototherapy Bluelite mengambil masa tujuh bulan di mana beberapa mesyuarat telah diatur dengan pakar kanak-kanak di pelbagai pertubuhan. Mereka menerima nasihat kepakaran mereka dan menjelang Mac 2001, syarikat telah bersedia untuk bayi mengguna peralatan rawatan fototerapi Bluelite.
Pesakit pertama Bluelite Home Phototherapy diperkenalkan oleh pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 17 April 2001.
Bayi berumur lima hari dan tahap bilirubin adalah 260 mmol / L [micromol per litre]. Setelah rawatan fototerapi lampu biru Bluelite dan lawatan ke doktor pada hari ke 7, tahap bilirubin adalah 180 mmol / L.
“Penurunan ini adalah sama baik dengan rawatan di hospital” adalah kenyataan yang diberikan doktor pakar. Maka sahlah peralatan kami telah mencapai matlamat yang ditetapkan.
Kelebihan Melakukan Rawatan Phototherapy Di Rumah
- Mengurangkan tekanan / stress yang dialami oleh ibu dan keluarga
- Ibu bapa tidak perlu berulang alik ke hospital dengan kerap
- Ibu bapa boleh menjaga anak-anak yang lain semasa rawatan fototerapi dibuat
- Ibu boleh menyusui bayi dengan kerap tanpa gangguan atau dipisahkan semasa rawatan fototerapi di rumah
- Memudahkan ikatan (bonding) antara ibu dan bayi sejak dari lahir
- Dijamin selamat dan terbukti berkesan dengan penggunaan yang betul
- Penjimatan sehingga 80% daripada keseluruhan kos rawatan termasuk perundingan dan pemeriksaan makmal pesakit.
- Ibu boleh berpantang sepenuhnya semasa rawatan fototerapi di rumah
Cara Sewa Mesin Phototherapy Bluelite
Jika nak sewa mesin phototherapy Bluelite, ibu bapa perlu membawa bayi jaundice yang baru lahir untuk pemeriksaan doktor. Ini adalah satu keperluan wajib. Berdasarkan pemeriksaan dan ujian darah yang dijalankan, doktor akan menentukan sama ada rawatan fototerapi diperlukan.
Bagi doktor yang biasa dengan rawatan fototerapi di rumah, pilihan akan diberikan kepada ibu bapa bayi yang baru lahir yang sesuai untuk melakukan fototerapi di rumah atau di hospital.
Jika menerima rawatan di rumah bayi mesti berjumpa doktor selepas satu atau dua hari (2-3 hari lebih lazim). Dalam kebanyakan kes kuning bayi akan reda dan rawatan fototerapi boleh dihentikan.
Diingatkan rawatan phototherapy di rumah hanya sesuai untuk lebih-kurang 90% kes bayi kuning bukan semuanya.
HUBUNGI BLUELITE UNTUK PERTANYAAN
Kod Diskaun: BLROS
012-271 1894
Secara ringkasnya, berikut adalah prosedur biasa untuk sewa mesin phototherapy Bluelite bagi rawatan fototerapi bayi jaundice di rumah:
- Anda perlu membawa bayi untuk pemeriksaan doktor yang menyokong rawatan fototerapi di rumah, bagi menentukan samada rawatan fototerapi diperlukan
- Anda boleh memohon kepada doktor untuk melakukan rawatan fototerapi di rumah.
- Doktor akan menghubungi syarikat Home Phototherapy Services untuk memaklumkan permintaan anda.
- Pihak Home Phototherapy akan hubungi anda bagi membincangkan pakej dan lokasi penghantaran.
- Mesin phototherapy Bluelite akan dihantar terus ke rumah anda
- Rawatan fototerapi di rumah untuk bayi jaundice boleh segera dilakukan
- Selepas 2-3 hari, anda perlu membawa semula bayi untuk pemeriksaan doktor
- Doktor akan menentukan samada rawatan fototerapi boleh dihentikan atau perlu disambung lagi.
Untuk kepastian dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Bluelite Home Phototherapy Service. Jangan lupa nyatakan Kod Diskaun: BLROS untuk mendapatkan diskaun bagi pakej sewa mesin Phototherapy Bluelite.