Sewa Mesin Fototerapi | Pastikan Memilih Lampu Fototerapi Yang Mempunyai Ujian Klinikal dan Dijamin Selamat Untuk Rawatan Jaundice Bayi Di Rumah

Kebanyakan ibu bapa hanya tahu mengenai rawatan fototerapi apabila bayi yang baru lahir kena kuning.

Situasinya pasti salah satu antara berikut:

  • Hari ke 2-3 selepas melahirkan bayi di hospital dan sepatutnya dapat balik rumah (discharge) pada hari itu, tetapi dimaklumkan oleh doktor bahawa anak kena kuning dan terpaksa ditahan di wad untuk rawatan fototerapi
  • Selepas balik ke rumah (discharge), pemeriksaan sendiri atau pemeriksaan oleh nurse dari Klinik Kesihatan yang membuat lawatan ke rumah mendapati bayi ada kuning dan perlu ke klinik / hospital. Doktor yang memeriksa akan menentukan samada rawatan fototerapi perlu dibuat

Alangkah leganya hati ibu bapa apabila mengetahui boleh buat rawatan fototerapi di rumah. Ada banyak servis sewa mesin fototerapi tetapi adakah semuanya dijamin selamat untuk bayi?

Rawatan Jaundice Sewa Mesin Phototherapy

Jika anda melahirkan bayi di hospital swasta sudah pasti anda sudah berbelanja banyak untuk kelahiran bayi anda. Tentunya anda mencari perkhidmatan sewa mesin fototerapi yang paling murah dan mudah.

Tetapi adakah lampu fototerapi yang murah dan mudah di sewa tanpa banyak soal itu dijamin selamat dan berkesan untuk menurunkan jaundice bayi?

Cara Memilih Servis Sewa Lampu Fototerapi Terbaik Untuk Bayi

Antara perkara yang perlu pertimbangan semasa mahu menyewa mesin fototerapi ialah:

  • Peralatan dijamin selamat (ada sijil keselamatan SIRIM)
  • DIUJI SECARA KLINIKAL bagi membuktikan keberkesanannya merawat jaundice bayi
  • Telah digunakan oleh ramai penggina yang berulang dan berpuas hati
  • Disarankan oleh ramai doktor pakar kanak-kanak

Ujian klinikal adalah ujian keberkesanan peralatan mesin fototerapi jaundice bayi. Ujian ini dijalankan ooleh doktor pakar dalam penjagaan kesihatan bayi baru lahir terutamanya bayi yang sakit atau lahir pramatang (neonatologist).

Kajian itu kemudian disemak oleh lain-lain pakar dan sekiranya memuaskan dimasukkan dalam jurnal perubatan. Ini lah yang disebut “Clinically Tested” atau “Diuji Secara Klinikal”.

Rawatan Jaundice Sewa Mesin Phototherapy

Pastikan mana-mana peralatan mesin fototerapi yang anda pilih telah melalui ujian klinikal dan anda boleh menyemak keputusan ujian tersebut.

Tetapi perkara yang paling asas dan mesti ada bagi mana-mana orang atau syarikat yang mengadakan perkhidmatan sewa mesin fototerapi adalah Radiometer.

Rawatan Jaundice Sewa Mesin Phototherapy

Pastikan syarikat itu mempunyai radiometer khas untuk lampu biru (450nm). Radiometer digunakan untuk mengukur tahap sinaran pada kulit bayi.

Rawatan Jaundice Sewa Mesin Phototherapy

Peralatan yang kurang berkesan akan memanjangkan tempoh rawatan dan membawa lebih banyak kos kepada anda.

Kalau tak ada radiometer jangan sewa.