Jaundice pada bayi baru lahir juga dikenali sebagai penyakit kuning bayi atau demam kuning bayi.
Penyakit kuning pada bayi adalah perkara yang biasa berlaku kepada bayi baru lahir. Kira-kira 70% bayi baru lahir akan kena kuning jaundice.
Risiko untuk bayi kena kuning jaundice lebih besar jika bayi dilahirkan awal (prematured / pramatang), berat badan rendah atau darah bayi tidak sama dengan darah ibu bapa.
Jaundice pada bayi adalah normal dan akan terjadi dalam masa 2-3 hari selepas kelahiran bayi. Penyakit kuning jaundice pada bayi biasanya akan beransur-ansur hilang selepas 2 minggu.
Punca Jaundice Pada Bayi
Penyakit kuning pada bayi berlaku apabila paras kuning bilirubin dalam darah bayi meningkat dengan mendadak pada minggu pertama kelahiran.
Paras kuning bilirubin yang tinggi dalam darah menyebabkan kulit, mata dan mulut bayi berwarna kuning.
Bilirubin ialah pigmen warna kuning yang terhasil dari penguraian (pemecahan) sel darah merah yang sudah tua. Proses penguraian sel darah merah ini adalah normal dan akan berlaku sepanjang hidup kita.
Selepas proses penguraian, bilirubin akan menuju ke usus, ginjal dan ke seluruh tubuh.
Hayat sel darah merah bayi baru lahir sangat pendek berbanding orang dewasa. Sebaik dilahirkan sel darah merah yang dihasilkan semasa berada dalam kandungan akan mula mati dan pecah.
Tetapi hati bayi baru lahir masih tidak matang untuk memproses bilirubin yang banyak dengan cepat. Jika terlalu banyak bilirubin dilepaskan ke seluruh tubuh bayi maka itu yang menyebabkan warna kuning yang disebut jaundice.
Simptom Jaundice Pada Bayi
Kuning jaundice akan bergerak dari kepala ke leher, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki.
Jaundice pada bayi seperti ini dikenali sebagai jaundice fisiologi yang biasanya tidak menyebabkan masalah pada bayi yang sihat.
Bayi yang kena kuning jaundice mempunyai beberapa simptom kuning pada beberapa bahagian badan. Semakin pekat warna kuning pada bayi, semakin teruk demam kuning yang dialami oleh bayi.
Antara simptom kuning jaundice pada bayi ialah:
- Kulit, sklera (bahagian putih pada mata), dada, membran mukosa hidung dan mulut menjadi kekuningan
- Air kencing menjadi keruh atau gelap kecoklatan
- Najis berwarna pucat
- Kerap mengantuk dan tidur berpanjangan (sleepiness)
- Tidak bangun untuk menyusu
Bahaya Jaundice Pada Bayi
Salah satu simpton demam kuning jaundice ialah bayi tidak aktif dan selalu tidur. Perkara ini terjadi kerana kesan kuning jaundice kepada otak yang boleh menyebabkan pembesaran anak itu terbantut dari pembelajaran dan juga fizikal.
Paras kuning bilirubin yang melampau tinggi boleh menyebabkan kernicterus. Kernicterus berlaku bila bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi dan merosakkan saraf.
Bayi jaundice yang mengalami kernicterus berisiko besar menjadi lumpuh, pekak, buta atau meninggal dunia.
Rawatan Jaundice Pada Bayi
Rawatan lampu biru phototherapy adalah rawatan jaundice bayi kuning yang terbaik, selamat dan berkesan.
Semasa rawatan fototerapi untuk menurunkan jaundice bayi, mesin fototerapi lampu biru akan menyebarkan cahaya biru ke arah bayi dari atas dan bawah mesin dengan tujuan melarutkan bilirubin dalam darah supaya dapat dibuang dari badan melalui air kencing dan najis.
Semasa rawatan jaundice fototerapi lampu biru, ibu mesti menyusui bayi dengan kerap supaya bayi akan lebih kerap kencing dan berak yang akan menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya.
Sebelum ini, rawatan fototerapi untuk bayi jaundice hanya boleh dibuat di hospital. Ibu terpaksa menahan sakit luka bersalin untuk berulang-alik dari rumah ke hospital jika bayi dimasukkan ke wad untuk diberi rawatan phototherapy.
Saya sendiri pernah alaminya semasa anak sulung kena kuning jaundice yang tinggi. Tetapi pada masa itu saya tiada pilihan kerana mesin fototerapi hanya ada di hospital sahaja.
Alangkah bagusnya jika rawatan phototherapy baby jaundice boleh dibuat di rumah. Ibu baru bersalin tidak perlu lagi menahan kesakitan dan kepayahan untuk berulang-alik ke klinik dan hospital. Sudah pasti ianya lebih selesa dan tenang.
Rawatan Fototerapi Untuk Kuning Bayi Prolonged Jaundice
Bacaan kuning bayi akan naik secara mendadak sehingga umur mencecah 7 ke 9 hari jika fototerapi tidak dilakukan.
Kenaikan bacaan kuning pada bayi berumur 10 hari dan ke atas berkemungkinan bayi menghidap prolonged jaundice (kuning berlanjutan).
Kenaikan bacaan kuning bagi bayi prolonged jaundice adalah tidak secara mendadak tetapi turun naik namun dinasihatkan melakukan rawatan fototerapi sehingga mencapai bacaan kuning yang selamat.
Sewa Lampu Phototherapy Bluelite Home Phototheraphy
Sekarang ibu yang anak kena kuning jaundice sudah ada pilihan untuk buat rawatan jaundice fototerapi di rumah.
Mesin lampu biru phototherapy yang digunakan sebagai rawatan demam kuning jaundice bayi boleh digunakan di rumah dengan selamat dan berkesan.
Perkhidmatan sewa mesin fototerapi Bluelite Home Phototherapy telah beroperasi sejak 2001 dan telah berdaftar di bawah seliaan Penguatkuasa Peranti Perubatan (MDA) serta syarikat telah diiktirafkan dengan ISO13485 serta mesin telah dijamin selamat dengan adanya pengiktirafan IEC60601.
Kelebihan Sewa Lampu Fototerapi Bluelite Home Phototherapy
Antara kelebihan sewa mesin phototherapy lampu biru dari Bluelite Home Phototherapy sebagai rawatan jaundice bayi ialah:
- Lokasi berpusat di Kelana Jaya (Selangor), Bandar Perda (Pulau Pinang) dan Seremban (Negeri Sembilan), Kuantan (Pahang) dan Alor Setar (Kedah).
- Perkhidmatan penghantaran mesin fototerapi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.
- Lampu biru phototherapy Bluelite adalah peralatan keluaran inovatif BUATAN MALAYSIA yang dipatenkan (No Paten: MY118022-A)
- Lampu phototheraphy Bluelite telah DIUJI SECARA KLINIKAL dan TERBUKTI BERKESAN untuk menurunkan paras kuning bayi jaundice (Malaysian Medical Journal Vol 59 No 3, August 2004 published by Malaysian Medical Association, MMA)
- Mesin fototerapi Bluelite juga digunakan oleh beberapa pusat perubatan kerana keberkesanannya
- Teknologi lampu biru 3 PENJURU BERPATEN sejak tahun 2001
- Satu-satunya syarikat perkhidmatan lampu fototerapi yang BERDAFTAR dengan Medical Device Authority (MDA) Malaysia (No Lesen: 55476157816)
- Mesin fototerapi Bluelite satu-satunya mesin fototerapi yang diiktiraf dengan ISO13485 (Medical Devices Quality Management System Manufacturer and Rental Services Provider) di negara ini
- DIJAMIN SELAMAT dan mempunyai sijil keselamatan IEC 60601-01 Product Safety Certification SIRIM
- Rekabentuk mesin fototerapi kompak dan MUDAH ALIH yang boleh diletakkan di mana-mana sahaja permukaan yang rata
HUBUNGI BLUELITE UNTUK PERTANYAAN
Kod Diskaun: BLROS
012-271 1894
Pakej Sewa Lampu Biru Mesin Fototerapi Jaundice Bayi
Pakej sewa mesin phototherapy lampu biru Bluelite Home Phototherapy bagi menurunkan kuning bayi adalah termasuk lampu biru mesin fototerapi bersama tilam bayi, penutup mata (eye patch), kotak penutup mata, perkhidmatan penghantaran mesin lampu biru ke rumah dan konsultansi.

1. Set Lampu Biru Bluelite
Mesin fototerapi Bluelite dari Home Phototherapy Services Sdn Bhd adalah berbentuk bagasi mudah alih.
Apabila dipasang ia mengandungi 3 penjuru yang menghasilkan sumber cahaya biru iaitu lampu LED di bahagian atas dan cermin pantulan cahaya biru di bahagian kiri dan kanan bayi.
Tilam bayi juga termasuk di dalam set mesin fototerapi Bluelite.
2. Penutup Mata Bayi (Eye Patch)
Bayi jaundice mesti dipakaikan penutup mata (eye patch) sepanjang tempoh rawatan fototerapi lampu biru di rumah. Penutup mata mengelakkan bayi melihat cahaya lampu biru secara langsung dan juga memudahkan bayi tidur tanpa meragam dan lebih selesa.
3. Kotak Penutup Mata Bayi
Selain eye patch, anda juga diberi pilihan menggunakan kotak penutup mata bayi.
Harga Sewa Lampu Phototherapy Bluelite Home Phototherapy
Harga sewa mesin fototerapi Bluelite bagi penghantaran sekitar 30 km dari lokasi pusat ialah:
- 3 hari 2 malam (48 jam) = RM395
- 4 hari 3 malam (732 jam) = RM485
Harga pakej termasuk kos penghantaran, pemasangan, penerangan dan pengambilan untuk kawasan lingkungan 30KM dari Kelana Jaya, Seremban, Kuantan, Alor Setar dan Bandar Perda (surcharge dikenakan bagi penghantaran ke pulau). Surcharge dikenakan bagi luar kawasan dan luar waktu pejabat.
Sila hubungi Bluelite Home Phototherapy Malaysia untuk sebut harga terkini. Jangan lupa NYATAKAN KOD DISKAUN => BLROS untuk mendapatkan harga diskaun.
HUBUNGI BLUELITE UNTUK PERTANYAAN
Kod Diskaun: BLROS
012-271 1894
Testimoni Pengguna Mesin Fototerapi Lampu Biru Bluelite
Bluelite Home Phototherapy adalah PENERAJU perkhidmatan sewa mesin fototerapi lampu biru bagi rawatan jaundice bayi di Malaysia sejak 2001.
Hanya lampu biru Bluelite mempunyai UJIAN KLINIKAL yang terbukti berkesan menurunkan paras kuning jaundice bayi, berdaftar dengan Medical Device Authority (MDA) dan mempunyai sijil keselamatan IEC.
Mesin phototherapy Bluelite telah TERBUKTI SELAMAT, berkesan, mudah untuk diguna, mudah diselenggara, sesuai untuk iklim tropikal di Malaysia dan tahan lama.
Pengguna yang berpuas hati dengan keberkesanan mesin fototerapi Bluelite untuk menghilangkan jaundice pada bayi telah mencecah lebih 10,000 orang!
Mesin fototerapi lampu biru Bluelite adalah sangat berkesan dalam merawat bayi dalam tempoh yang ditetapkan dengan HARGA SEWA BERPATUTAN dan paling penting ia menurunkan paras kuning jaundice bayi secara BERKESAN sama seperti rawatan fototerapi di hospital tanpa anda perlu ke hospital.
Testimoni Sewa Lampu Biru Mesin Phototherapy Bluelite Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah & Pulau Pinang
Alhamdulillah. Paras kuning jaundice bayi turun dari 296 ke 202.
Testimoni Sewa Lampu Biru Mesin Phototherapy Bluelite Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah & Pulau Pinang
Alhamdulillah. Paras kuning jaundice bayi turun dari 203 ke 134.
Testimoni Sewa Lampu Biru Mesin Phototherapy Bluelite Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah & Pulau Pinang
Alhamdulillah. Paras kuning jaundice bayi turun dari 313 ke 227.
Testimoni Sewa Lampu Biru Mesin Phototherapy Bluelite Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah & Pulau Pinang
Alhamdulillah. Paras kuning jaundice bayi turun dari 280 ke 200.
Testimoni Sewa Lampu Biru Mesin Phototherapy Bluelite Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah & Pulau Pinang
Alhamdulillah. Paras kuning jaundice bayi turun dari 234 ke 196.
Testimoni Sewa Lampu Biru Mesin Phototherapy Bluelite Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah & Pulau Pinang
Alhamdulillah. Paras kuning jaundice bayi turun dari 270 ke 218.
Testimoni Sewa Lampu Biru Mesin Phototherapy Bluelite Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah & Pulau Pinang
Alhamdulillah. Paras kuning jaundice bayi turun dari 206 ke 169.
Testimoni Sewa Lampu Biru Mesin Phototherapy Bluelite Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah & Pulau Pinang
Alhamdulillah. Paras kuning jaundice bayi turun dari 310 ke 270.
Testimoni Sewa Lampu Biru Mesin Phototherapy Bluelite Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah & Pulau Pinang
Alhamdulillah. Paras kuning jaundice bayi turun dari 244 ke 170.
Testimoni Sewa Lampu Biru Mesin Phototherapy Bluelite Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah & Pulau Pinang
Alhamdulillah. Paras kuning jaundice bayi turun dari 234 ke 165.
Testimoni Sewa Lampu Biru Mesin Phototherapy Bluelite Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah & Pulau Pinang
Alhamdulillah. Paras kuning jaundice bayi turun dari 324 ke 260.
SEWA MESIN FOTOTERAPI BAYI KUNING LAMPU JAUNDICE DI SELANGOR, KUALA LUMPUR, NEGERI SEMBILAN, PAHANG, PULAU PINANG, KEDAH, PERLIS DAN PERAK.
HUBUNGI BLUELITE UNTUK PERTANYAAN
Kod Diskaun: BLROS
012-271 1894
Sewa Lampu Phototherapy Selangor dan KL boleh didapati di kawasan berikut:
Kelana Jaya, Sepang, Salak Tinggi, Klang, Shah Alam, Subang Jaya, USJ, Petaling Jaya, Gombak, Cheras, Bangi, Kajang, Banting, Morib, Putrajaya, Serdang, Puchong, Selayang, Kota Warisan, KLIA, Sentul, Seri Kembangan, Sungai Buloh, Ampang, Bandar Saujana Putra, Cyberjaya, Kota Damansara, Wangsa Maju dan Dengkil.
Sewa Lampu Phototherapy Negeri Sembilan boleh didapati di kawasan sekitar Nilai, Seremban, Sendayan dan Senawang.
Sewa Lampu Phototherapy Pahang boleh didapati di kawasan sekitar Kuantan.
Sewa Lampu Phototherapy Pulau Pinang boleh didapati di kawasan sekitar Bandar Perda.
Sewa Lampu Phototherapy Kedah boleh didapati di kawasan sekitar Alor Setar dan Sungai Petani.
Sewa Lampu Phototherapy Perlis boleh didapati di kawasan sekitar Kangar.