Sewa Lampu Fototerapi | Cara Sewa Mesin Phototherapy Untuk Rawatan Lampu Biru Fototerapi Bayi Jaundice di Rumah

Tidak semua bayi baru lahir akan kena kuning jaundice. Tetapi 70% bayi baru lahir akan kena jaundice biasanya selepas 1-4 hari kelahiran.

Bagi bayi yang ada jaundice dengan paras kuning bilirubin rendah di bawah paras fototerapi (tak perlu fototerapi) akan sembuh jika disusukan dengan kerap.

Tetapi bagi bayi jaundice dengan paras kuning tinggi perlu melakukan rawatan fototerapi.

Rawatan fototerapi menggunakan cahaya biru (blue spectrum of light) untuk memecahkan bilirubin yang tidak larut menjadi larut. Hanya apabila bilirubin dalam darah larut maka ianya mudah untuk dibuang dari badan melalui air kencing dan najis.

Biasanya rawatan fototerapi untuk hilang jaundice pada bayi akan dibuat di hospital samada single phototherapy atau double phototheraphy.

Baby yang kena kuning mesti dimasukkan dalam wad. Jika rawatan fototerapi di hospital swasta, ibu tidak perlu bermalam di sana kerana ada nurse yang akan menguruskan rawatan lampu biru fototerapi.

Namun jika bayi jaundice perlu jalani rawatan lampu biru di hospital kerajaan, kedua-dua ibu dan bayi mesti masuk wad sekali. Sebab ibu sendiri yang mesti uruskan rawatan lampu biru sepanjang bayi jaundice berada di dalam wad.

Home Phototherapy

Tidak ramai yang tahu anda ada pilihan. Anda boleh buat rawatan fototerapi bayi jaundice di rumah. Lebih selesa dan lebih tenang.

Rawatan fototerapi di rumah memang mudah, selamat dan berkesan. Malah anda dapat jimat 75% kos rawatan berbanding rawatan fototerapi di hospital swasta.

Bagi rawatan fototerapi di rumah, anda hanya perlu bayar kos sewa lampu biru phototherapy. Tetapi jika bayi yang kena kuning dirawat di hospital, anda kena bayar kos sewa lampu biru fototerapi, kos peralatan hospital, kos perkhidmatan doktor dan jururawat dan pelbagai kos lain.

Rawatan Fototerapi di Rumah Lebih Selesa

Saya tidak rasa tertekan atau stress langsung semasa rawatan fototerapidi rumah untuk baby saya Irfan yang kena kuning tinggi.

Sangat berbeza rasanya berbanding semasa anak sulung kena kuning. Lebih tenang!

Anda dipersilakan untuk baca pengalaman baby kena kuning (1st baby, Izzah) semasa rawatan lampu biru fototerapi di hospital kerajaan dan hospital swasta. Perasaan saya betul-betul serabut masa itu.

Home Phototherapy Malaysia – Sewa Lampu Fototerapi

Anda nak sewa lampu biru mesin fototerapi untuk rawat bayi jaundice di rumah? Mudah sahaja.

Ada satu syarikat bernama Home Phototherapy Services Sdn Bhd yang menawarkan pakej sewa lampu biru phototheraphy. Perkhidmatan diberikan sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam.

Anda dari luar kawasan? Jangan risau. Anda masih boleh sewa mesin fototerapi dengan caj tambahan.

Update 9/8/2018: Perhidmatan sewa mesin phototherapy Bluelite kini boleh didapati di Penang dan Seremban.

Kalau nak sewa lampu fototerapi sila ikut langkah berikut:

  • Bawa bayi yang kena kuning berjumpa doktor yang open minded tentang rawatan fototerapi di rumah. Tidak semua doktor swasta open minded. Anda boleh telefon Home Phototherapy Services untuk bertanya tentang doktor / hospital yang sokong home photheraphy. Kemudian boleh terus jumpa doktor tersebut untuk periksa paras kuning kuning bayi. Tel/Whatsapp : 012 2711894 | KLIK LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HRG JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)
  • Jika paras kuning jaundice tinggi dan perlu rawatan phototheraphy, doktor tersebut akan telefon Home Phototherapy Services dan beri nombor telefon anda untuk dihubungi.
  • Selepas dihubungi, lampu biru fototerapi akan dihantar ke rumah dalam masa 2 jam.
  • Bayaran deposit sebanyak RM300 perlu dijelaskan semasa penghantaran dibuat.

Baki RM145 dibayar semasa lampu fototerapi diambil semula. Jumlah semua kos sewa lampu fototerapi selama 3 hari (72 jam) ialah RM445.

Bagi saya jumlah ini sangat berpatutan berbanding kena bayar ribu-ribu jika buat rawatan fototerapi bayi jaundice di hospital swasta dan berbanding kena harungi stress tahap hampir meroyan kalau bayi jaundis dan kita masuk wad hospital kerajaan.

Pecahan kos sewa lampu fototerapi RM445 tu ialah:

  • Sewa lampu biru fototerapi 3 hari (100 x 3) RM300
  • Pelindung mata (eye band) RM25
  • Caj perkhidmatan RM120

Kos penghantaran sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam adalah percuma. Jika luar kawasan ada bayaran tambahan. Saya berada di Klang jadi kena bayar kos penghantaran RM40.

Update 9/8/2018: Harga sewa mesin lampu fototerapi Bluelite terkini sila terus contact Tel/Whatsapp : 012 2711894 | KLIK LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HRG JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)

Home Phototherapy

Biasanya pelindung mata (eye band) akan dibekalkan lebih untuk digunakan jika terkoyak. Tapi anda perlu bayar kos tambahan jika gunakan eye band tambahan itu.

Home Phototherapy

Jika tak nak guna eye band pun boleh. Tetapi anda kena lindungi mata bayi jaundice dengan satu kotak penghadang.

Tips Rawatan Fototerapi Jaundice Baby di Rumah

Rawatan Fototerapi Minimum 18 Jam Sehari

Alang-alang bayar sewa lampu fototerapi, kenalah gunakan sebaik mungkin. Bayi jaundice mesti berada bawah lampu biru sekurang-kurangnya 18 jam sehari.

Jika dapat buat rawatan lampu biru selama  24 jam sehari lagi bagus. Tetapi ibu dan bayi juga perlukan rehat. Jadi minimum 18 jam sehari sudah memadai.

Ada parents yang sewa tapi guna sekejap-sekejap (tak tahan baby jaundis menangis) dan kemudian marah kerana rawatan fototerapi di rumah tak berkesan.

Sedangkan parents sendiri tak buat rawatan fototerapi dengan betul. Setakat letak bayi jaundice bawah lampu biru selama beberapa minit tidak menjadikan rawatan fototerapi berkesan.

Ingat! Jangan mengelat sebab pada lampu fototerapi ada meter yang akan bergerak apabila lampu fototerapi digunakan. Pihak Home Photoheraphy boleh kesan siapa yang mengelat melalu bacaaan meter tersebut.

Bayi Jaundis Menangis Semasa Rawatan Fototerapi

Kebanyakan bayi yang kena kuning akan menangis semasa rawatan fototerapi. Ada bayi jaundice yang menangis tidak henti-henti.

Jika anda melawat NICU hospita,  mesti akan dapat tengok bayi jaundis di bawah lampu biru sedang menangis hingga hilang suara. Nurse yang jaga buat-buat tak nampak sahaja.

Tapi janganlah marah nurse. Apa yang dia buat itu betul. Jika asyik nak pujuk dan pegang bayi tak menjadilah rawatan fototerapi. Hati ibu kena kering bila buat rawatan fototerapi bayi jaundis di rumah. Kena tabah, kuat dan kental.

Anda tidak perlu risau jika bayi jaundice menangis. Periksa diaper dan tukar jika perlu. Bagi minum susu dulu.

Kalau bayi jaundis masih menangis tak henti-henti tu mesti ada sebab lain. Periksa suhu bilik. Panas sangat tak? Sejuk sangat tak?

Biasanya bayi jaundis semasa rawatan fototerapi akan menangis sebab SEJUK. Jangan pasang aircond. Cukup dengan kipas. Jika bilik tiada kipas, boleh pasang aircond pada suhu bilik 25’c.

Kalau pasang suhu paling sejuk sudah tentu bayi jaundice akan meraung kesejukan sebab bayi hanya pakai diaoer semasa rawatan fototerapi.

Home Phototherapy

Semasa buat rawatan fototerapi di rumah untuk Irfan, saya pasang kipas paling slow. Tetapi apabila saya periksa aliran udara, terasa angin kuat masih kena pada bayi.  Jadi saya ambil kain lampin buat tirai dekat kotak lampu fototerapi. Bayi selesa mama gembira!

Susukan Bayi Jaundis Dengan Kerap

Setiap 2 jam sekali anda kena susukan bayi jaundice. Lagi banyak menyusu lagi banyak bayi berak dan kencing. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar.

Jangan risau jika bayi jaundice kerap berak. Berak itu lah yang tolong keluarkan 98% pigmen kuning (bilirubin) dari dalam badan bayi tau.

Ambil masa 15-20 minit untuk menyusu, membersihkan dan memeluk bayi. Lepas itu sambung rawatan fototerapi di rumah. Ingat, jangan mengelat.

Bergilir Menjaga Bayi Jaundis

Ibu dan ayah disarankan bergilir-gilir memantau bayi jaudice di dalam mesin fototerapi lampu biru.

Jika bergilir-gilir tidak mustahil boleh buat rawatan lampu biru fototerapi di rumah selama 24 jam sehari.

Home Phototherapy

Sewa Mesin Phototherapy Dengan Bluelite Malaysia

Saya rasa sekarang ada banyak servis sewa mesin fototerapi untu rawatan jaundice baby / demam kuning bayi di rumah. Tapi saya sarankan untuk sewa lampu fototerapi dari Bluelite Malaysia.

Tidak seperti lain-lain perkhidmatan sewa mesin home phototherapy, Bluelite Malaysia ini hanya satu-satunya yang berdaftar dengan Medical Device Authority atau MDA dengan nombor persijilan ISO13485. Ia juga ada sijil pengesahan keselamatan oleh SIRIM.

Jangan sebab nak sewa lampu biru harga murah sampai nyawa anak jadi taruhan pula. Ramai yang buat servis sewa mesin phototheraphy secara illegal dan tak ikut standard.  Pernah ada kes mentol lampu mesin fototerapi yang tak diluluskan SIRIM terbakar dan meletup semasa rawatan fototerapi. Nasib baik bayi selamat.

Jaundice pada bayi perlu dirawat dengan menggunakan mesin photherapy yang ada ciri-ciri keselamatan dan menghasilkan cahaya biru yang maksima.

Bluelite Malaysia membekalkan mesin fototerapi di rumah dengan fungsi yang sama seperti mesin fototerapi di hospital iaitu untuk merawat bayi jaundice. Tapi saya rasa mesin lampu fototerapi Bluelite ini lagi best sebab design berpaten yang jadikan proses rawatan demam kuning bayi lagi cepat dan berkesan.

Saya sendiri adalah repeat customer yang sewa mesin home phototherapy Bluelite ini. Saya guna both untuk anak Irfan (2012) dan Irdina (2015). Memang saya sangat puas hati dengan keberkesanan rawatan fototerapi jaundice bayi kuning di rumah.

Servis home phototherapy Bluelite ini sudah beroperasi sejak tahun 2001 bermula di Kuala Lumpur dan kini beroperasi di bahagian Utara. Mereka menggunakan mesin buatan Malaysia yang berkelulusan SIRIM IEC60601. Setiap mesin fototerapi yang digunakan diuji secara klinikal untuk memastikan keberkesannya dan keselamatan bayi yang melalui proses rawatan.

Setiap peralatan yang digunakan di Bluelite diservis bagi mendapatkan gelombang yang bersesuaian dengan bayi iaitu antara 1300-1800 microwatt per cm persegi. Sepanjang kewujudan Bluelite Malaysia, sudah lebih daripada 10,000 bayi demam kuning sudah dirawat.

Kelebihan Melakukan Rawatan Lampu Mesin Fototerapi di Rumah

Sebab apa saya pilih untuk sewa mesin phototherapy bagi menghilangkan kuning pada bayi? KESELESAAN! Saya tidak stress langsung apabila buat rawatan home phototherapy ini. Sangat selesa berbanding rawatan fototerapi di hospital kerajaan.

  • Bayi akan mendapatkan rawatan dengan lebih selesa di rumah.
  • Ibu tidak perlu berpisah lama dengan bayi baru lahir.
  • Ibu boleh menyusukan bayi dengan lebih mudah.
  • Harga sewa lebih menjimatkan berbanding bayaran servis di hospital swasta.
  • Tidak perlu menghadapi tekanan di hospital kerajaan.
  • Caranya mudah, selamat dan berkesan.

Testimoni Pengguna Sewa Mesin Fototerapi Demam Kuning Bluelite

Mesin home phototherapy Bluelite sudah berjaya merawat demam kuning lebih 10,000 bayi. Terbukti berkesan dan selamat.

Sewa Mesin Home Phototherapy Bluelite Malaysia

Sewa Mesin Home Phototherapy Bluelite Malaysia

Harga Sewa Mesin Fototerapi Demam Kuning Bluelite Malaysia

Home Phototherapy Services Sdn Bhd menawarkan pakej sewa mesin fototerapi Bluelite berikut:

  • RM395 untuk 3 hari 2 malam
  • RM485 untuk 4 hari 3 malam

Harga termasuk penghantaran dan pengambilan semula mesin serta penerangan penggunaan. Tilam dan penutup mata juga turut tersedia bersama pakej. Kadar sewaan mesin Fototerapi untuk radius 30 km daripada pejabat Bluelite terdekat

Untuk kawasan di luar lingkungan, surcaj akan dikenakan.

Cara Sewa Mesin Fototerapi Demam Kuning di Rumah

Hubungi Bluelite Malaysia:

Tel/Whatsapp : 012 2711894 | KLIK LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN: BLROS)

Saya pasti ramai ibu yang baru bersalin masih sangat lemah dan sakit untuk berulang-alik ke hospital. Ada juga yang alami masalah transport. Kalau anda ibu kepada bayi yang demam kuning, tetapi sukar untuk bergerak dari rumah ke hospital dari rumah, mesin fototerapi Bluelite Malaysia pastinya penyelesaian terbaik untuk merawat jaundice bayi anda.

3 Comments

  • bg saya rm445 tu mahal jgk tu. bg yg bkemampuan maybe ok harga tu sbb compare dgn private hosp. saya biasa ke GH, free TAPI stress la. anak 1st saya n baby warded skali.anak ke2 baby je warded so saya tenang sikit TP masih risau keselamatan baby.anak ke3 alhamdulillah x warded,maybe sbb saya makan anggur hitam.

    • @faisya, akak dah kena masuk GH masa izzah kuning dulu.. hampir meroyan jugak lah.. dah lah perut kena bedah.. sakit + stress giler..

      pastu pernah gak masuk swasta.. izzah jugak le.. habis beribu (insurans tak cover newborn @ jaundice).. tu sebab kali ni cari alternatif 😀

  • Bagus juga kan service ni.. mcm nak try utk 3rd baby nanti if kena jaundice… Thanks for sharing 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *