Rawatan fototerapi adalah rawatan yang selamat dan berkesan untuk mengurangkan tahap bilirubin yang tinggi pada bayi jaundice.
Semasa rawatan fototerapi, bayi jaundice anda diletakkan dalam bassinet dan didedahkan kepada cahaya lampu biru UV yang akan diserap oleh kulit bayi.
Bilirubin dalam badan bayi akan ditukar ke dalam bentuk larut air yang mudah dikumuh melalui najis dan air kencing bayi jaundice.
Semasa rawatan fototerapi bayi jaundice :
- Bayi hanya akan dipakaikan lampin dan penutup mata untuk memastikan sebanyak mungkin bahagian kulit dapat terdedah kepada cahaya lampu biru fototerapi
- Mata bayi ditutup rapi dengan penutup mata (eye patch) untuk melindungi lapisan saraf di belakang mata (retina) dari cahaya yang terang.
- Ibu mesti menyusukan bayi jaundice selang 2 jam atau lebih kerap, supaya bilirubin bayi dapat dikumuh melalui kencing dan najis bayi dengan lebih cepat
- Paras kuning bilirubin diukur melalui ujian darah mengikut keperluan yang ditetapkan oleh doktor.