Jaundice pada bayi adalah perkara biasa berlaku. Sebab itu ada pelbagai mitos dan petua jaundice yang diamalkan untuk menghilangka jaundice pada bayi.
Ramai ibu bapa yang panik dan risau dengan keadaan kuning bayi akan mengikuti petua jaundice ini tanpa memikirkan akibat dan bahaya yang akan terjadi pada bayi.
Kebanyakan petua untuk menurunkan paras kuning jaundice TIADA BUKTI SAINTIFIK dan boleh MENGUNDANG BAHAYA kepada bayi.
Berikut adalah beberapa petua menurunkan kuning bayi yang sering menjadi ikutan ramai ibu bapa:
- Minum susu kambing
- Mandian air daun inai
- Mandian serbuk mutiara
- Minum air rebusan akar kayu cina
- Minum air kundur
- Mandian air daun kucai
- Minum perahan anggur hitam
- Minum air sengkuang cina
- Berhenti susu badan dan beri susu formula
- Jemur bayi jaundice di bawah cahaya matahari
Tidak usah mencuba petua jaundice terutama yang memberi bayi minum, mandi, lumur atau bayi.
Bayi Minum Selain Susu Ibu Boleh Luka Usus
Bayi yang baru lahir mempunyai usus yang BELUM MATANG dan tidak dapat memproses cecair atau bahan selain dari SUSU IBU atau susu formula khas bayi,
Susu kambing memang berkhasiat tetapi tidak sesuai untuk bayi bawah 12 bulan sebab mengandungi protein yang tinggi yang boleh menyebakan peningkatan asid urid dan darah bayi berasid. Malah susu kambing segar juga boleh tercemar dengan pelbagai bakteria yang boleh memberi jangkitan kuman pada usus bayi.
Cecair selain susu ibu juga mengandungi kandungan garam dan mineral dan boleh memberi kesan buruk kepada usus, hati dan buah pinggang bayi.
Kulit Bayi Sensitif Untuk Mandi Rebusan Daun & Herba
Bayi yang baru lahir mempunyai KULIT YANG SANGAT SENSITIF.
Ibu disarankan hanya mandikan bayi dengan air suam TANPA SABUN dan tidak memandikan bayi menggunakan air rebusan daun atau herba sebab ia boleh merengsakan kulit bayi, menyebabkan ruam, kegatalan dan eczema.