Saya ada 3 anak. Semuanya kena kuning jaundice tapi bukan prolonged jaundice.
Anak kena kuning biasa sahaja dan tidak berpanjangan. Tapi tetap memenatkan, merisaukan dan membuatkan saya “stress” semasa dalam pantang.
Jaundice atau penyakit demam kuning pada baby memang biasa berlaku kepada bayi baru lahir. Hampir 70% bayi baru lahir akan kena kuning jaundice.
Terutamanya kalau bayi pramatang, ahir kurang berat (underweight) dan jenis darah baby tidak sama dengan darah ibu.
Pengalaman anak kena jaundice pertama kali menyebabkan saya sangat “stress” semasa dalam pantang sebab:
- kena ulang-alik ke klinik / hospital banyak kali untuk check tahap jaundice baby
- tapak kaki baby lebam biru kena cucuk jarum berkali-kali untuk ambil darah
Saya pula baru lepas alami pembedahan cesarean untuk lahirkan bayi. Bayangkan apa rasanya perut yang baru lepas kena toreh apabila kereta melalui jalan yang tidak rata / berbonggol / berlubang. Sakit dan pedih yang amat sangat!!
Bukan sekali dua kena naik kereta pergi klinik / hospital. Tapi berulang-kali. Memang saya sangat “stress” semasa dalam pantang.
Pengalaman Anak Jaundice – Izzah
Anak pertama saya, Izzah. Kena demam kuning 6 hari lepas lahir. Bacaan paras kuning tinggi bilirubin 296.
Saya dan bayi jaundice terpaksa masuk wad hospital kerajaan. Semasa dalam wad, saya sendiri kena buat rawatan lampu biru fototerapi pada bayi jaundis.
Ya! Saya yang baru lepas kena bedah ini kena bermalam di hospital bersama bayi dan kena pantau sendiri baby yang kena jaundice.
Nurse tak akan bantu. Sakit-sakit pun kena jaga bayi jaundis sendiri. Kena buat rawatan fototerapi sendiri.
Biasalah. Hospital kerajaan. Servis percuma. Jangan harap nak dilayan macam ratu pulak.
Bayangkan. Dengan luka di perut yang sakit. Badan yang lemah. Minda yang celaru. Kena duduk wad sendiri dan jaga bayi yang kena jaundice. Hampir meroyan saya dibuatnya!
Nasib baik bacaan bilirubin pada malam itu jatuh ke 213. Nurse bagitau paras kuning ini tak perlu masuk wad buat fototerapi.
Jadi, saya paksa suami datang ambil saya dan bayi. Memang saya sudah tak sanggup duduk dalam wad dalam keadaan lemah.
Saya pasti tak boleh tidur lena sebab kena jaga bayi jaundis bawah lampu fototerapi. Sangat letih. Baik saya balik sebelum meroyan sorang diri di situ!
Hari ke 8. Bacaan bilirubin paras kuning bayi naik ke 244. Terus kami ke KPJ Selangor Specialist. Sebab anak saya yang kena kuning sudah semakin lembik tidak bermaya dan muntah-muntah.
Hari seterusnya bacaan bilirubin paras kuning bayi semakin tinggi naik ke 298. Terus anak saya kena masuk wad NICU untuk buat rawatan double fototerapi.
Saya masa itu sudah terlalu penat, serabut dan stress. Suami minta saya balik berehat di rumah. Biar nurse KPJ yang jaga anak saya yang kena jaundice. Memang kos penjagaan sudah masuk dalam bil hospital.
Saya berpisah dengan anak yang kena jaundice selama 11 hari !! Pengalaman anak kena jaundice ini memang sangat menyiksakan saya.
Pengalaman Anak Jaundice – Irfan
Anak kedua saya, Irfan. Hari ke tiga sebelum dibenarkan keluar wad bersalin, bacaan bilirubin 172. Bawah paras rawatan fototerapi. Boleh balik rumah. Lega saya.
Hari ke 4. Kulit anak saya sudah nampak kekuningan apabila di tekan. Mata putih pun kelihatan kuning.
Saya yang masih lemah mula rasa risau. Anak sulung pula tiba-tiba demam dan batuk yang teruk.
Saya takut anak yang kena jaundice kena masuk wad lagi. Pengalaman anak pertama kena jaundice dulu mula menghantui fikiran saya.
Saya tak boleh berpisah dengan bayi yang baru lahir itu lagi. Tambahan pula saya kena jaga juga anak sulung yang semakin tidak sihat.
Petua rawat demam kuning! Mandikan air kuning singseh. Jemur bayi jaundis bawah cahaya matahari pagi. Bagi bayi jaundis minum susu kambing. Bagi bayi kuning jaundice minum air putih banyak-banyak.
TIDAKKK! Saya tak akan ikut lagi semua petua untuk merawat kuning bagi hilangkan jaundice baby itu semua lagi.
Cukuplah sekali pengalaman anak kena jaundice dan kena jangkitan kuman dalam usus akibat kejahilan saya mengikut petua jaundice membuta-tuli. Jangan jadi macam saya!
Cara merawat jaundice bayi paling berkesan ialah dengan rawatan lampu biru fototerapi dan menyusu badan dengan kerap.
Rawatan lampu biru phototherapy membantu memecahkan bilirubin dalam darah dengan cepat. Manakala, penyusuan susu ibu yang kerap membantu baby yang kena jaundice untuk membuang air besar dan kecil sekerap yang boleh. Bilirubin yang pecah akan dikeluarkan dari badan baby jaundis melalui najis dan air kencing.
Saya terus cari maklumat tentang home phototheraphy. Saya nak sewa lampu biru fototerapi untuk buat rawatan fototerapi pada bayi di rumah. Saya tak nak ulang-alik ke klinik untuk ujian darah dan tak nak bayi jaundice saya masuk wad.
Alhamdulillah. Saya jumpa satu syarikat yang menyewakan mesin lampu fototerapi di Kelana Jaya.
Saya telefon Home Phototheraphy Service Sdn Bhd untuk bertanyakan tentang doktor/hospital yang terbuka dengan konsep rawatan fototerapi di rumah.
Sebab bukan semua doktor open minded tentang rawatan fototerapi di rumah.
Nasib baik Dr Ling dari KPJ Selangor Specialist membenarkan bayi jaundice dirawat dengan home photheraphy. Terus kami ke sana.
Tapak kaki kecil Irfan dicucuk dan dipicit untuk ambik darah. Bacaan bilirubin 268. Paras kuning tinggi. Memang kena buat rawatan fototerapi lampu biru.
Saya minta untuk buat rawatan fototerapi di rumah. Alhamdulillah. Dr Ling setuju tanpa banyak cerita.
Lampu demam kuning dihantar ke rumah saya pada malamnya. Teruja pula saya tengok wakil Home Phototheraphy Service Sdn Bhd bawa satu beg luggage berwarna hitam. Rupa-rupanya beg itu adalah lampu fototerapi bayi jaundis mudah alih.
Lampu biru fototerapi mudah alih ini boleh dipasang di mana-mana sahaja saya suka. Sudah tentu saya suruh pasang dalam bilik saya. Sebelah katil. Sambil baring sambil buat rawatan lampu biru pada bayi jaundis.
Tapi kena sediakan satu meja yang kuat untuk letak mesin lampu biru fototerapi. Saya guna meja pink Ikea. Mudah nak angkat.
Selepas lampu demam kuning fototerapi di pasang, wakil Home Phototheraphy Service Sdn Bhd menunjukkan cara menggunakan lampu jaundice rawatan fototerapi. Sebelum itu anak saya mesti dipakaikan penutup mata (eye band).
Saya mulakan rawatan lampu biru fototerapi pada Irfan pada malam itu juga selama 3 jam berturut-turut.
Dua hari berikutnya, saya buat sesi rawatan lampu biru fototerapi selama 17 jam sehari. Bermula dari jam 7 pagi hingga 2 pagi. Hanya berhnti rehat selama 10-15 minit selang 2 jam untuk menyusu dan menukar lampin bayi jaundice.
Penat? Sudah tentu! Sebab saya kena sentiasa pantau bayi yang berada di bawah lampu biru fototerapi. Sebab baby saya tidur tak diam. Eye band pula selalu beralih tempat.
Selepas dua hari rawatan fototerapi lampu biru bayi jaundice di rumah, saya perlu pergi ke KPJ Selangor Specialist semula untuk buat ujian darah.
Alhamdulillah. Paras bilirubin 172. Turun 100+ dalam masa 2 hari!
Mata putih bayi jaundice sudah hilang kuning. Kulit juga tidak lagi ada kesan kekuningan apabil ditekan. Dr Ling kata boleh hentikan rawatan fototerapi di rumah. Yeay!
Tapi bila balik, saya sambung lagi rawatan fototerapi lampu biru selama 6 jam. Alang-alang sewa. Guna sampai habis tempoh.
Bayi jaundice saya, Irfan sangat bagus masa rawatan fototerapi di rumah. Dia tidak menangis kecuali semasa lapar. Ada rahsianya!
Tapi dia suka bergerak dan menggeliat. Sehinggakan eye-band asyik melorot ke bawah mulut. Sebab itu semasa rawatan lampu biru fototerapi di rumah, saya hanya boleh tidur-tidur ayam. Kena pantau keadaan bayi.
Saya akan cerita tentang cara sewa lampu fototerapi, kos terlibat dan tips-tips buat rawatan fototerapi di rumah dengan cara paling efektif. Alang-alang sewa mesin lampu biru fototerapi, mesti gunakan sebaiknya.
UPDATE 2018
Baca pengalaman saya merawat baby jaundice dengan lampu fototerapi.
berapa sewa kak? kalau tak bersalin kat kpj boleh sewa ke?
@faisya, nanti akak buat entri pasal kos.. lampu tu bukan sewa dari hospital tapi dari syarikat home phototherapy.. so bersalin kat mana2 pun bole je sewa 😀
Lama tak jengah sini. Tahniah Kak Ros. Dah sepasang dah. Seronok lah Kakak Izzah ada gang kat rumah. Moga sihat2 semuanya ye 🙂