Rawatan Jaundice

Pengalaman Bayi Jaundice | Rawatan Fototerapi Bayi Jaundice di Hospital Kerajaan (Anak Pertama)

Anak-anak saya semuanya kena jaundice semasa baby.  Jadi saya ada pengalaman merawat bayi kuning di hospital kerajaan, hospital swasta dan yang paling best dan selesa, rawatan fototerapi lampu biru di rumah.

Semasa anak pertama, saya langsung tidak ada pengalaman menyusu badan dan luka di perut selepas dibedah adalah sangat menyakitkan. Jadi saya tidak menyusui anak dengan kerap kerana melayan perasaan sakit dan celaru.

Akibatnya anak kena kuning yang tinggi dengan jangkitan kuman pada usus!

Macam mana semua itu boleh berlaku? Panjang kisahnya. Teruskan membaca.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Saya terpaksa melahirkan anak pertama secara pembedahan emergency cesarean semasa kandungan berusia 34 minggu kerana air ketuban pecah awal + masalah uri di bawah + baby melintang. Saya dibius penuh (intubated) dan pembedahan berlangsung selama 3 jam!

Selepas melahirkan, badan saya terasa sangat lemah. Luka di perut pula terasa sangat menyakitkan. Minda pula terasa sangat serabut. Saya akui saya terlampau melayan perasaan sakit hingga menyebabkan saya tidak begitu peduli untuk menyusu anak dengan kerap.

Pengetahuan tentang jaundice pun tidak ada masa itu.

Apabila anak tidur lama, saya ingat bayi tidak lapar. Tetapi rupanya bayi yang tidur berpanjangan adalah salah satu simptom jaundice.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Saya tidak tahu bahawa ibu perlu kejutkan bayi jaundice untuk diberi susu. Saya ingat bayi hanya mahukan susu jika dia menangis. Apabila bayi jaundice tidur lama saya biarkan saja. Menyesal betul bila teringat.

Saya berpantang sendiri jadi sebagai ibu yang pertama kali mempunyai bayi jaundice, tiada siapa yang memberi panduan dan bantuan.

Bayi Kena Jaundice Semasa Usia 5 Hari

Pada pukul 11 pagi hari ke 5 selepas bersalin, nurse dari Klinik Desa datang ke rumah untuk periksa luka cesar dan juga melihat keadaan bayi.  Luka pada perut saya kelihatan sedikit berair dan nurse hanya minta suami lap dengan kain supaya kering.

Kemudian nurse periksa bayi. Baju baby di buka dan nurse memeriksa kulit baby berdekatan sliding door. Nurse menekan kulit pipi baby dengan lembut dan melepaskan tekanan. Nampak sangat kuning!

Saya diminta segera membawa bayi jaundice ke klinik untuk ujian darah bagi menentukan paras kuning bilirubin dalam darah.

Doktor Klinik Bagi Baby Minum Air Kosong!

Saya pergi ke klinik swasta. Semasa doktor cuba mengambil darah dari tapak kaki bayi yang kuning, baby menangis meraung tak henti-henti.

Tanpa di sangka doktor masukkan jari dia yang bersarung tangan getah ke dalam mulut anak untuk dihisap supaya dia berhenti menangis.

Selepas itu doktor bagi bayi jaundice minum air bertapis menggunakan picagari. Malah saya dinasihatkan supaya beri air masak banyak-banyak kepada bayi untuk kurangkan kuning.

Sampel darah bayi jaundice berjaya di ambil dan dihantar ke makmal luar. Keputusannya hanya akan diketahui 3 jam selepas itu.

Pada pukul 3 petang, doktor klinik swasta telefon suami dan maklumkan paras kuning sangat tinggi dalam darah bayi.  296 umol/L = 17 mg/dL.

Saya yang semakin lemah terpaksa dirujuk semula ke Hospital Sungai Buloh.

Jiwa dan emosi saya masa itu sangat tak stabil. Saya rasa terlampau stress hinggakan menangis tak henti-henti semasa packing barang untuk ke hospital. Rapuh sungguh jiwa saya pada masa itu.

Tambahan pula perlu menaiki kereta dengan keadaan perut yang sakit, pedih dan rasa bergoyang-goyang bila tayar kereta terkena batu kerikil dan lubang kecil. Serabut sungguh!

Admitted NICU Hospital Sungai Buloh

Pukul 4 petang, saya pergi ke bahagian kecemasan Hospital Sungai Buloh.  Selepas 2 jam menunggu, saya dan bayi jaundice dimasukkan ke NICU.

Semasa melalui inkubator yang berbunyi beep tak henti-henti di NICU tu, jantung saya rasa macam nak meletup. Saya rasa semakin stress!

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi
NICU Hospital Sungai Buloh 2008

Semasa bayi jaundice menangis apabila nurse cucuk jarum pada tapak kaki untuk ambil darah, saya terasa semakin membuak-buak stress.

Sementara menanti keputusan ujian darah, saya dan baby diberikan katil dalam Bilik Ibu dalam NICU. Nurse ajar cara untuk buat rawatan fototerapi sendiri sepanjang malam. Nurse jugak pesan untuk saya menyusui bayi jaundice dengan kerap.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi
Bilik IBU NICU Hospital Sungai Buloh

Saya mula rasa nak menangis apabila suami balik. Saya terpaksa bermalam dalam wad dan kena jaga baby sendiri dalam keadaan diri sendiri tak terjaga. Luluh hati ini!

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Saya rasa sangat tertekan. Terutama semasa bayi-bayi lain yang kena kuning dalam Bilik Ibu itu menangis berterusan di bawah lampu biru fototerapi.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Mesin lampu phototherapy Medela diletakkan sebelah katil saya.  Saya mulakan rawatan jaundice lampu biru tetapi bayi mula menangis dan menggigil kesejukan.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Saya pula terasa sangat lapar. Saya terpaksa berjalan ke pantri untuk makan makanan yang tidak sesuai untuk ibu melahirkan cesar. Kelaparan menyebabkan saya terpaksa makan apa yang ada. Terasa sungguh pilu!

Saya menangis teresak-esak dalam bilik mandi disebabkan tidak tahan lagi dengan rasa penat, sakit dan stress yang membuak-buak.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Apabila nurse datang bawa result ujian darah bayi saya merasa sedikit gembira. Sebab bacaan bilirubin baby sudah turun dari 296 umol/L (17 mg/dL) ke 213 umol/L (12 mg/dL). Nurse cakap bilirubin bawah 240 tidak perlu buat rawatan fototerapi. Saya boleh balik!

Saya terus telefon suami untuk datang ambil sebab aku tidak sanggup nak bermalam di NICU dengan baby. Saya rasa mungkin tak boleh lalui malam itu tanpa meroyan.

Saya merayu suami supaya datang ambil sebab dia mulanya enggan kerana baru sampai di rumah. Suami minta saya tidur dalam wad. Mana boleh!  Saya sudah mula sebak sebab memang tak sangggup bermalam dalam wad dalam keadaan diri yang sedang sakit dan emosi tak stabil. Macam mana nak jaga bayi jaundice sedangkan diri sendiri tak terurus?

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Nurse hospital kerajaan hanya akan pantau bayi jaundice yang kritikal sahaja. Bayi jaundice yang tiada masalah kesihatan lain perlu dijaga oleh ibu sendiri semasa rawatan fototerapi.

Saya rasa sangat stress sebab diri sendiri yang sakit dan lemah selepas dibedah tetapi terpaksa mememantau bayi jaundice pula di dalam wad. Sungguh saya tidak kuat untuk lalui semua itu sendirian. Jiwa saya sunggu kacau!

Nasib baik suami datang ambil saya dan bayi. Terasa sangat lega seolah terlepas beban di bahu apabila dapat balik rumah dan tidur atas katil sendiri.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi
Baby Izzah semasa usia 7 hari di rumah

Memang di rumah pun saya sendiri kena jaga bayi yang kuning. Tetapi perasaan itu sangat berbeza kerana terasa lebih selesa, tenang dan yakin berada di dalam rumah sendiri. Bila-bila masa boleh minta tolong pada suami.

Saya bukan jenis manja tidak boleh berdikari. Tetapi selepas bersalin secara cesar dengan keadaan badan yang sakit dan lemah serta jiwa kacau, saya sangat perlukan support dari orang yang rapat. Saya tidak akan dapat sokongan itu jika berada dalam wad di hospital kerajaan.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Seram sejuk dan meremang bulu roma seperti hendak demam apabila memikirkan terpaksa bermalam di dalam wad hospital untuk buat rawatan fototerapi bayi jaundice semasa badan lemah dan emosi tidak stabil. Menggerunkan seolah-olah dijatuhkan hukuman! Terasa murung sangat.

Sudah tentu nak berpantang dengan betul pun tidak boleh sebab makan tidak terjaga.

Kos Rawatan Lampu Fototerapi Hospital Kerajaan

Saya rasa rasa kebaikan buat rawatan phototherapy baby kena jaundice di hospital kerajaan ialah ianya sangat murah. Saya dulu hanya kena RM1 semasa pendaftaran.

Saya tidak pasti berapa kos jika ibu dan baby perlu berada dalam wad selama beberapa hari. Mungkin bawah RM50 sebab saya yang kena bedah cesar dan duduk dalam wad kelas 3 hospital kerajaan kosnya tidak sampai RM200 pun. Jadi kos rawatan fototerapi baby kuning pasti lebih murah di hospital kerajaan.

Penyakit Demam Kuning Jaundice Pada Bayi

Update: Caj rawatan lampu ungu / biru fototerapi hospital kerajaan kelas 3 adalah RM5 sehari. Memang murah!

Jika badan rasa kuat dan emosi stabil memang boleh sangat buat rawatan fototerapi di hospital kerajaan. Tapi kebanyakan ibu lepas bersalin terutama yang bersalin melalui pembedahan cesarean memang badan lemah, sakit dan jiwa tak kuat.

Bila keadaan diri macam itu, ditambah pulak baby sakit kena jaundice, memang boleh membawa kepada postnatal depression tau.

Baby Makin Lemah & Kena Jangkitan Usus

Nak tau macam mana baby saya yang kena demam kuning jaundice menjadi makin lemah tidak bermaya, muntah susu warna kuning coklat melalui mulut dan hidung serta disahkan kena jangkitan kuman dalam usus?

Baca dalam posting saya seterusnya:  Pengalaman Bayi Jaundice | Rawatan Fototerapi Bayi Jaundice di Hospital Swasta (Anak Pertama)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *