Kebanyakan kes demam kuning atau jaundice pada bayi adalah tidak berbahaya dan boleh hilang sendiri jika tahu cara mengatasinya.
Tetapi jangan ambil ringan penyakit kuning pada bayi kerana dalam kes tertentu ia boleh membahayakan kesihatan dan menjejaskan pertumbuhan bayi.
Masih ramai ibu bapa yang masih mengamalkan amalan petua lama yang belum tentu berkesan dan berisiko memburukkan lagi keadaan jaundice pada bayi.
Sering berlaku gara-gara amalan petua lama untuk menurunkan kuning bayi, namun paras kuning semakin meningkat menyebabkan bayi terpaksa ditahan di wad. Malah ada juga kes bayi mengalami jangkitan kuman pada usus akibat diberi minum air rebusan daun / bunga, susu kambing segar dan sebagainya.
Ibu yang masih dalam pantang terpaksa berulang alik ke hospital untuk menyusukan bayi mereka. Tidakkah itu menyusahkan dan menyebabkan ibu mengalami tekanan / stress?
Apa Itu Penyakit Demam Kuning Pada Bayi?
Jaundice pada bayi berlaku hampir 60-70 peratus pada bayi yang baru lahir. Biasanya ia berlaku dari hari 1-4 tetapi bergantung kepada jenis demam kuning.
Apakah Punca Demam Kuning Pada Bayi?
- Masalah serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal.
- Kurang diberi susu ibu.
- Jangkitan atau kelahiran yang trauma
- Kelahiran pramatang
- Darah bayi berbeza dari darah ibu
Apakah Rawatan Demam Kuning Bayi?
Rawatan demam kuning bayi yang berkesan dan selamat ialah rawatan fototerapi yang menggunakan cahaya biru (bili light).
Rawatan phototherapy bayi kuning boleh dibuat samada di hospital atau pun di rumah.
Bagaimana Mengenalpasti Penyakit Demam Kuning Bayi?
1. Bayi Tidur Berpanjangan
Jika bayi anda asyik mengantuk, kerap tidur lama, tidak kerap membuang air besar dan kurang menyusu seperti biasa sila periksa kulit bayi anda.
2. Pemeriksaan Sendiri Kulit Bayi
Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan dengan menekan kulit bayi dibawah cahaya yang banyak.
- Tekankan secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada
- Sekiranya ada kesan kekuningan selepas jari diangkat, bayi anda mengalami demam kuning
- Jika bayi berkulit gelap, periksa pada gusi atau mata putih. Jika warna kekuningan sila dapatkan rawatan di klinik / hospital
3. Ujian Darah Bayi
Darah bayi diambil untuk mengetahui paras bilirulin dalam darah. Sekiranya paras bilirulin tinggi, doktor akan menentukan samada rawatan fototerapi diperlukan untuk bayi jaundice.
Bahaya Demam Kuning Terhadap Bayi
Penyakit kuning bayi yang tidak dirawat dan paras kuning yang semakin meningkat boleh menyebabka:
- Pendengaran bayi akan terjejas
- Proses perkembangan otak bayi akan terganggu.
Risiko Demam Kuning Pada Bayi Tinggi Jika:
- Bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan.
- Bayi lahir pramatang (sebelum 28 minggu)
- Darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan
- Sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning.
- Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin (ubat mempercepatkan kelahiran)
- Jangkitan atau kelahiran yang trauma .
Susu Ibu Cara Pencegahan Terbaik
Susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat mengelakkan bayi dari terkena serangan demam kuning. Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin.
Galakkan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam.