Saya rasa setiap ibu yang baru melahirkan anak pasti sangat risau jika bayi terkena jaundice atau penyakit kuning. Jaundice pada bayi biasa berlaku semasa bayi berumur antara 2-3 hari selepas dilahirkan.
Penyakit demam kuning baby ini adalah sangat biasa berlaku hingga wujud pelbagai petua untuk hilangkan kuning pada bayi. Kebanyakan petua menurunkan jaundice bayi adalah tidak masuk akal dan sangat berisiko tinggi kepada bayi yang masih kecil.
Apakah Penyakit Demam Kuning Pada Bayi?
Jaundice pada bayiberlaku apabila kulit dan mata putih bayi menjadi kekuningan. Kuning pada bayi adalah disebabkan paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah yang kemudiannya menimbun / terkumpul pada tisu kulit dan mata.
Jika tidak dipantau dan dirawat, blirubin yang terlalu banyak boleh menimbun di dalam sel otak bayi dan menyebabkan kernicterus yang boleh menyebabkan kecacatan otak / kematian.
Bilirubin ialah pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan sel darah merah. Tahap bacaan bilirubin dalam badan bayi boleh dikesan dengan tepat melalui ujian darah.
Kenapa bayi tidak kuning semasa baru lahir tetapi menjadi kuning selepas 2-3 dilahirkan?
Semasa baby masih dalam kandungan ibu, bilirubin bayi disingkirkan melalui tali pusat. Selepas lahir, hati bayi akan memproses bilirubin ini sendiri.
Kebanyakan hati bayi baru lahir masih tidak matang untuk memproses bilirubin dengan berkesan. Sebab itu bayi akan terkena kuning jaundice.
Penyakit kuning pada bayi akan mula berkurangan semakin bayi lebih berusia. Biasanya jaundice bayi mengambil masa 1-2 minggu untuk hilang sepenuhnya.
Tetapi ada juga bayi yang mengalami penyakit kuning berpanjangan atau prolonged jaundice disebabkan keadaan tertentu:
- Bayi pramatang kerana hati bayi belum berkembang sepenuhnya
- Kekurangan G6PD
- Antibodi ibu yang menyerang sel darah merah bayi
- Jangkitan sistem air kencing atau darah
- Jangkitan atau masalah saluran hempedu
Jenis-Jenis Penyakit Kuning Pada Bayi
Ada 2 jenis penyakit demam kuning pada baby.
1. Penyakit Kuning Jaundice Fisiologi
Sebanyak 60% bayi baru lahir akan mengalami penyakit kuning jenis fisiologi dalam minggu pertama selepas kelahiran. Penyakit demam kuning pada bayi ini berpunca daru peningkatan paras bilirubin dalam darah bayi.
2. Penyakit KuningĀ Jaundice Susu Ibu
Jaundice susu ibu adalah sejenis penyakit kuning yang berlaku apabila bayi berumur 4-7 hari dan boleh berterusan selama 3 hingga 10 minggu.
Biasanya penyakit jaundice baby berpanjangan / prolonged jaundice berlaku kepada bayi pramatang diberi susu ibu sepenuhnya. Kemungkinan besar komponen susu ibu menghalang pemecahan bilirubin yang menyebabkan demam kuning bayi berterusan untuk tempoh yang lama.
Ibu yang alami bayi prolonged jaundice jangan bersedih dan teruskan menyusukan anak. Sebab susu ibu adalah makanan terbaik dan paling berkhasiat untuk tumbesaran bayi.
Selagi bayi aktif dan masih menyusu dengan kerap, serta bacaan bilirubin sentiasa dipantau, komplikasi yang serius jarang berlaku.
Petua Hilangkan Kuning Bayi Dengan Menyusu Badan
Ibu mesti pastikan bayi kerap menyusu bagi mengalakkan penyingkiran bilirubin melalui najis dan air kencing.
- Tingkatkan rutin menyusu sehingga 8-12 kali sehari.
- Jika ada masalah pelekapan / latching, sila dapatkan bantuan dari pakar laktasi
- Jika susu ibu kurang, beri susu formula tambahan.
- Jika berpisah dengan bayi yang dimasukkan ke wad, gunakan pam untuk membuat stok susu bagi diberikan kepada bayi di hospital